TENTANG KAMI

Jurnal Sang Pemula ialah sebuah kolektif anak muda (setakat ini berlapan setelah beberapa rakan kami membawa haluan masing-masing). Ini merupakan medan perjuangan pencerahan oleh anak-anak muda (dan perasan muda). Perbincangan dan tulisan kami berlegar sekitar isu-isu kemanusiaan, kemiskinan, kesetaraan, gender, pendidikan dan sastera. Kami manusia bebas. Ada yang senang menulis artikel dan esei. Ada yang terapung-apung di atas awan imaginasi dengan mengarang cerpen – demi pencerahan dan kesetaraan.

Menjadi muda dan berani

NEGARA KITA BUKAN DIPAYUNGI RAHMAT TETAPI KORUPSI

Asyik melihat rakyat Malaysia bersorak melihat para atlet negara melakukan aksi-aksi kepakaran mereka. Tahniah buat semua para atlet yang bertungkus lumus membawa nama negara dipersada dunia. Dalam pertarungan pandemik yang seperti tiada penghujung, melihat kecekalan para atlet memberi semangat pada diri kita semua untuk terus bangun dan terus cuba dan cuba lagi. Namun, jangan kitaContinue reading “NEGARA KITA BUKAN DIPAYUNGI RAHMAT TETAPI KORUPSI”

HARUAN MERENANGI SUNGAI KORONA (INTROSPEKSI CERPEN HARUAN DHARMALA N.S)

Sungai semakin cetek dan pokok-pokok terus ditebang. Entah untuk menghadiahkan kalungan rantai emas untuk siapa. Entah untuk mengenyangkan perut siapa. Kemiskinan tetap macam hantu raya dirantai di tiang-tiang seri. Atau di hadapan pintu rumah, tidak bebas dan lenyap. Di hutan-hutan, haiwan-haiwan sedang bermesyuarat, membahagi tugas bagi menghalang habitat digondol. Membentang kajian demi kajian bagi menghentikanContinue reading “HARUAN MERENANGI SUNGAI KORONA (INTROSPEKSI CERPEN HARUAN DHARMALA N.S)”

KEJANGGALAN KEMPEN BUY MUSLIM FIRST

SEKARANG ini, isu Malaysia yang paling hangat ialah kempen Buy Muslim First, iaitu kempen yang mendorong kepada pengutamaan untuk membeli barangan daripada produk-produk buatan Muslim berbanding produk non Muslim. Kalau dalam konteks di Malaysia, Muslim itu lumrahnya akan disertakan sekali dengan bangsa Melayu. Melayu yang tidak Muslim tidak diiktiraf sebagai Melayu jika menurut Perkara 160(2)Continue reading “KEJANGGALAN KEMPEN BUY MUSLIM FIRST”

Create your website with WordPress.com
Get started